|
My Love Story (Tetap Tarikh)
Saturday, 16 February 2019 | 15:00 | 0 Sweet Talker
Assalamualaikum semua.
So sekarang tengah duk kat office, sempat lagi bukak blog. Well, ada bende yang nak ditulis harini.
Okey, sebelum tu nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk first entry 2019. Alhamdulillah, azam tahun 2018 tercapai. Hehe, iaitu mencari someone yang betul betul nak jadikan suami. Ecececey, tapi serious azam tu memang betul betul aku buat sebelum masuk tahun 2018. Hahaha.
So, alhamdulillah for everything. Okey, berbalik kepada tajuk entry aku harini, saje letak tajuk macamtu, nanti boleh baca balik kalau dah tua. Tak ingat. Haha. Alkisahnya, pagi tadi dah ditetapkan tarikh dan masa untuk aku tamatkan status bujang tahun ni.
Baru tetapkan tarikh, tapi, nak citer jugak. Disebabkan aku dengan Afiq ni kitorang long distance, takde la long sangat, dalam Malaysia jugak, tapi still long distance kan, so ummi dengan ibu just tetapkan tarikh dekat phone je. Calling calling je.
Harini aku pergi kerja lambat sikit, buat alasan kat bos, hehe. Sebab risau jugak, ummi dengan ibu kan tak pernah bercakap kan. So, risau tu ada. Nak jugak dengar apa diorang cakap, aku pun pergi la kerja lambat. Huhu. Kebetulan pulak bos tak ada harini.
Pukul 9pagi, lebih lebih sikit, ibu telefon ummi guna nombor Kak Long. So, diorang discuss la tarikh dan masa yang sesuai untuk bertunang dan bernikah. Tapi yang kelakarnya, ummi nak panggil ibu Afiq tu adik. Hahaha, Ibu Afiq pulak tak paham, ingat ummi nak panggil Afiq tu adik. Hahahaha.
Dalam 15 minit macamtu diorang discuss, then dapatlah Tarikh dan Masa untuk kami. So, thank you ummi, kak long, ibu
So, ni lah hasil dari perbincangan diorang :- Bertunang : 07 Jun 2019 (Jumaat) Ya Allah, kau rahmatilah hubungan kami dan keluarga kami. Amiin. And last, the best news for today, Abang Chik bagi balik awal harini. Pukul 4pm. Haha, jyeeaaahhh K, babai, xoxo. |