|
First Experience Working
Tuesday, 12 December 2017 | 06:43 | 0 Sweet Talker
AssalamualaikumMemang dah lupa terus ade blog ni. Sebab blog lama dah delete, lepastu baru buat blog baru tapi privatekan. Hehee, aku sorang je boleh baca blog tu. Means betul2 diari la.. Blog ni pulak tinggal bersawang. Kenapa aku masih berblog erk ? Walaupun setahun sekali update, hehee. Aku start blog, rasa-rasa masa 2012 tak silap aku. Time tu seronok gile blog, macam-macam nak tulis. Sebab aku suka design blog je dulu. Tapi sekarang dah malas, pakai freebies yang mana ada kat google je. Haha. Sekarang ni, ade wechat. Luah kat wechat, then delete. Emm.. Banyak bende yang nak diceritakan, tapi tak tahu nak luah macamane. Banyak sangat benda berlaku. InsyaAllah, aku akan keep update untuk blog ni. Sebab blog ni pun, bukan ada orang baca. Means private jugak la kan, haha, cuma tak disetkan private. First of all, aku dah dapat kerja. Pergi interview, dapat. Aku interview 5hb December 2017 dan masuk kerja 6hb December. Ramai yang mintak kerja tu, tapi alhamdulillah, bos pilih aku. Sebab bos ingat aku pandai buat sistem hebat-hebat. Hahahaha, mane pandai. Bos salah faham. First masuk kerja tu, bos panggil masuk bilik dia, dia cakap dia tak nak dalam mindset aku kerja kerani je. Actually aku ingat kerja aku tu, jual jual tau. Rupanya syarikat pembekal barang-barang network. Aku memang tak tahu apa-apa pun. So, ni lah rezeki. Tapi bos ada cakap, bos nak tengok aku design website company dulu, then dia akan pertimbangkan ambik aku bahagian IT. Aku tak suka sebenarnya. Entah, mungkin aku rendah diri. Sebab aku rasa aku betul2 tak pandai bahagian aku belajar tu walaupun dah 3 tahun setengah belajar kos tu. First day, aku balik rumah, aku nangis. Aku tak tahu samada aku nangis sebab Kak Ja ambik aku lewat atau pasal kerja. Hehe, sebak tu datang sendiri. Hari kedua aku kerja pun, aku nangis. Maybe aku terlampau rendah diri. Aku rasa aku macam ta sedia nak kerja tu. Kerja tu tak ada buat apa pun, just kerani biasa. Tapi bagi aku yang tak aa pengalaman kerja,a agak mencabar lah. Tiap-tiap hari aku nangis lepas balik kerja, sebelum pergi kerja penuh dengan doa-doa semoga Allah permudahkan. Kerja je pun, bukan berperang. Kelakor. Tapi realiti, dalam dada aku ni, kuat bunyi dup dap dup dap bila sebut pasal kerja. Aku harap aku boleh survive. Tapi kalau fikir secara logik, semua tu adalah rezeki aku. First aku pergi interview butik, tapi tak dapat. Second interview SPA, 19 December, minggu depan tahu result. And third aku interview sini, terus dapat. Sebenarnya aku nak jugak kerja-kerja butik ni, hahaha. Butik baru. Tapi tak dapat. Allah gantikan dengan kerja yang lagi elok iaitu kerani, dan berpeluang jugak untuk kerja di Bahagian IT sebagaimana kos aku ambik. Wow, hebat rezeki Allah bagi. Semua tu adalah planning 2017 aku, nak dapat lesen, dapat kerja. Walaupun agak lambat sebab akhir tahun baru dapat. Tapi, bila aku kerja, aku rasa macam tak sesuai sangat-sangat. Aku rasa diri aku tak pandai. Takot. Nak pergi kerja pun takot. Semua takot. Aku takot orang marah aku, aku takot semua benda. Sebab tu tiap tiap hari aku nangis. Perasaan ni tak boleh nak luahkan macamane rase tu. Syukur ada, takot ada, tak suka ada. Macam macam. Aku tak tahu nak positifkan diri aku macamana sekarang. Yang penting sekarang, yang depan mata, aku buat. Kerja aku, aku buat. No need nak pikir lain. Tak tahu apa aku fikir, penat. Be positif, tolonglah. Dan tolong doakan agar aku dapat survive. Dan jugak dapat kerja yang lebih baik. Aku takot fikir masa depan. Takot nak lalui ujian. Semoga baik baik saja. Amiin. p/s : nak tidur jap, nanti bangun nak tengok sikit design web tu cane. |