|
Please Flush Toilet
Saturday, 14 July 2018 | 01:01 | 0 Sweet Talker
Assalamualaikum
Hari ni aku nak citer sikit apa yang berlaku kat aku hari ni. Serious lah weh ! Aku stress sebenarnya dengan insan-insan yang tak flush bila dah guna toilet ni. Dia ingat toilet tu dia sorang ke ? Toilet kat rumah dia tak pe lah nak buat macam tu pun.
Kat tempat kerja aku ni ade la sorang mak cik ni, pekerja baru lah. Alkisahnya, awal-awal pagi tadi aku datang lewat kerja. Lepastu aku nak g toilet, aku tengok lubang toilet tu air warna merah memang semerah-merahnya. Aku rase cam pelik gile, kenape merah sangat. Aku pun flush. Maybe darah haid atau pun makanan ke asam masin ke ape sebab merah giler kot. Tak logik kalau darah haid pun. Melainkan dari hari Khamis haritu lagi. So, 2 hari la kot merah tu.
Aku tanya salah sorang pekerja sini jugak, kenapa merah giler kan dalam lubang tandas tu, dia cakap dia pun tak tahu sebab semua balik awal Khamis haritu. Aku pun okey je la kan. Lepastu bila aku nak masuk pulak dalam toilet, nampak dengan jelas pulak darah. Nampak darah je la, takde la sampai merah macam pagi tadi. Aku dah geli giler dah ni. Kat office lak ade satu je toilet. Flush je la. Tiap-tiap kali nak masuk toilet ade je darah hari ni. Aku pun dah agak siapa empunya darah tu.
Lahai mak cik, tolong lah lepas guna tu flush. Sampai sekarang aku nak masuk still ade, siap atas lantai. Tahu tak, dalam toilet tu jugak la orang nak ambil wudhuk. Geli tau ! Tak paham betol la spesis macam ni. Please la. Bukan toilet tu mung sorang guna.
Aku nak bagitau depan-depan pun, aku ni jenis pemalu dan sangat-sangat menjaga hati orang. Tapi serious lah rase stress. Geli kot ! Umur dah 45, pengalaman kerja banyak, takkan tak leh nak fikir. Bukan umur 60 lebih ni. Aduhai.
Btw, aku rest pergi kerja hari ni. Bos ngan orang selalu kasi aku kerja, takde. Heaven heaven.
Hahaha. Bye. Assalamualaikum. First time update blog kat office. Tadaaa !
|