|
My Happiness
Saturday, 12 March 2016 | 20:45 | 0 Sweet Talker
Assalamualaikum. Lame betol tak update blog ni yer. Huhhuuu. Ekceli nak luah macam-macam tapi takde masa. Dan ade perasaan malu la sebab blog lagi satu, ramai lak orang tahu. Hikhik Tetibe lak diorang stalk. Tak jadi nak ngumpat2. Kihkihkih.Ok, kali ni nak share sikit. Fyda sekarang ambik PSM2 iaitu Final Year Project. Tak sabar nak habis. Harap sangat lulus. Takot la jugak. Asyik kene marah ngan supervisor je. Tapi tak nak ah citer pasal kena marah tu, hehee. Nak citer pasal seorang budak same unniversiti jugak. Budak U Fyda jugak. Kenal dia masa sem 1 lagi tapi sem 4 kot baru contact balik. Dia lelaki. Ehem ehem ![]() Masa kenal-kenal tu, biase la, budak JOHO. Fyda tak minat sangat budak JOHO nie. Sebab orang kata, orang JOHO ni SOMBONG, NGADE, BAJET. Mase sem 1 tu ade la cakap2 dalam phone. Dia tak paham bahase GANU. Fyda lak memang pekat GANU time tu. Memang lepas tu dia tak nak gayut lagi dah. Mase sem 4, tatau la sape cari sape. Time tu Fyda ade Fadzil dah. Time tu, sayang giler giler kan kat Fadzil. Hahahaha, bercinta tahap gambang. Cinta kera biaselah. Budak lelaki ni ade jugak time Fyda ade masalah ngan Fadzil. Dia lah punca Fyda gaduh ngan Fadzil. Ok, tipu jer. Haahaha Takde lah, Fadzil clash ngan Fyda sebab Fyda ni setia tahap dewa. Dan Fadzil pun curang dengan perempuan yang sepadan secocok securang dengan dia tuh. Dan time Fyda down, Fyda takde sape2. Lelaki tuh pun, tak layan Fyda mane gak. Fyda cuma ada ummi jer. Memang sakit bila orang yang kita terlampau sayang pergi macam takde hati dan perasaan. Kalau pergi cara baik, boleh tahan lagi.Lepas Fyda demam sebab clash, si jejaka JOHO ni datang. Jeng jeng jengggg. Dan kami kawan kawan kawan sampai tercouple. Takde perasaan pun lagi kat budak ni. Tapi Fyda takde layan laki lain. Layan budak tu jer. Huhhuu. Awek Fadzil tu selalu kacau Fyda, ade call, ade menyamar, hurmmm, biase. Budak-budak. Malas nak layan sangat. Sampai satu saat, Fyda selalu buat masalah dengan lelaki JOHO tu. Memang selalu. Baru-baru ni pun, buat lagi masalah. Tapi Fyda jujur la. Dia baik. Selalu jujur ngan Fyda. Selalu maaf Fyda. Nak tinggal sikit, then muncul balik. Like magnet. Hehehee. Walaupun satu universiti, kitorang jarang jumpa. Jadi, perasaan sayang tu biase biase jer. Fyda couple ngan budak tu 26/09/2015. Tak ingat pun sebenarnya tarikh tu. Tapi agak2 tarikh tu la kot. Heheee. Baru lagi la kiranya. Perasaan sayang tu datang bila Fyda buat banyak masalah, masalah besar la jugak tapi dia still terima. Hukhuk. Dia baik, biase biase je. Tapi tak pandai layan perempuan. Dia layan Fyda macam member jer. Hurrmmm tak best langsung couple ngan dia ni. Then Fyda pun jujur. Dia pun ada berubah sikit-sikit. Tak semestinya dia tak kena ngan citarasa kita, kita tak boleh terima tau. Means, no man succeeds without a good woman behind him. Huhhuu, speaking. Tapi betul lah. ![]() And now, Fyda rasa happy dengan dia dan dapat lupakan cinta lama. Lagipun, Fyda belajar bersederhana dalam bercinta ni. Heheee. Doakan kekal. Lagipun budak-budak kelas asyik tanya tentang jodoh Fyda. Menyampah betul ! Aku baru 22 tahun lah !! Hmmppphhhh Alhamdulillah.Sekarang dalam kelas sebenarnya. Heheheee, sempat lagi bercerita kang. Hikhik. Sambung fokus.
Bye !
xoxo |